Wednesday, February 24, 2010

Edible Image - Trend cupcake,cake terhangat dipasaran


Kali ini saya bercadang nak buat cupcake untuk anak-anak saudara yang birthday bulan february. Memang dah kebiasaan kami sekeluarga akan memeriahkan birthday ni ikut bulan..ialah nak merapatkan Silaturrahim la katakan..

So, saya nak gunakan edible image je sebab senang nak buat tampal aje atas cupcake lagi pun budak-budak kan suka kartun..so mesti dia orang happy nya kalau kartun kegemaran jadi tema birthday party..

Ini adalah antara watak-watak kartun pilihan saya..

edible image upin ipinedible image barbie edible image ben 10 edible diary princess


Oh ya..jika anda belum tau edible image,biar saya ceritakan sedikit untuk anda ialah mana la tau anda berminat nak tempah cupcake kan...hehehe promote la sikit..


Apa dia edible image ni..halal kah.. tiada kesan sampingan kah
Edible Images ialah imej yang dicetak pada kepingan kertas boleh dimakan yang biasanya adalah kertas yang diperbuat daripada beras, kertas gula dan bahan² biskut manakala dakwatnya dibuat daripada produk soya ataupun putih telur dan pewarna makanan. Ianya diluluskan oleh FDA dan selamat untuk dimakan.

Ia adalah halal, anda boleh rujuk di laman web HalalGelatine.com

Kenapa pulak saya nak guna edible image ni, apa untungnya?
Ialah nak tempah "cake" atau "cupcake" mestilah nak ada tema,warna, wording kan..jadi guna edible image kita boleh pilih atau taruh macam-macam.. boleh taruh artis pujaan, watak-watak kartun, anime dan macam-macam la. Malah jika kita pakar garfik design boleh buat sendiri kemudian hantar ke printing edible image.

Kata orang gambar memberikan seribu makna dan pengertian,apa lagi kalau digabungkan ayat-ayat puitis atau bait-bait yang romantis pasti menusuk kalbu buat yang tersayang cehwah..

edible image cinta-cinta
sumber imej : Edible Image Utara


Macam mana nak dapat.. berapa kos

Purata harga adalah RM18-RM20 + RM6 untuk kos penghantaran.

Anda layarilah blog-blog printing edible image dibawah untuk maklumat lanjut..

1. Edible image utara
2. Hannah edible image
3. Eleafrost
4. Forum Wanita Melayu


p/s: Kepada Mereka yang berminat nak buat bisnes ini peluang masih terbuka luas, sebab benda baru lagi.. hohoho rajin-rajin lah jalan-jalan survey di tempat berhampiran anda.
Continue reading...
Related Posts with Thumbnails
 

Tart Station's Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice